Kelas Graphic Design
6 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 5 Januari 2019 yang lalu, Pusat Internet Kg. Semuba telah mengadakan Kelas Graphic Design untuk pelajar tingkatan 4. Kelas ini diadakan untuk meningkatkan pengetahuan ICT pelajar khususnya dalam perisian graphic design iaitu “Design Evo”. Dengan menggunakan perisian ini, ianya dapat mencungkil kreativiti pelajar dalam pemilihan icon, font, warna dan slogan untuk mencipta logo yang lebih kreatif dan menarik.
Di penghujung kelas, ke semua pelajar berjaya menyiapkan tugasan masing-masing. Di samping kelas ini juga, pelajar turut diberikan taklimat mengenai penggunaan internet secara berhemah. Dengan adanya kelas seperti ini, ia dapat memberi peluang kepada komuniti menimba ilmu di PI dan menjadikan PI sebagai tempat untuk mengisi masa lapang mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: